Saturday, June 4, 2011

MY STPM




KEPUTUSAN aku tidak menepati sasaran aku. Sedikit kecewa, bohong.. kalau aku tidak kecewa dengan keputusan aku. Keputusan penuh aku :

BM : A- (3.67)
PA : B (3.00)
SEJ : B (3.00)
EKO : D+ (1.33)

Pointer keseluruhan : 2.75

Namun kekecewaan ini sedikit pun tidak mengganggu aktiviti harian aku. Aku masih seperti biasa, aku Cuma kecewa kerana telah meranapkan harapan ibu dan ayahku yang ingin aku berjaya seperti orang lain. Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang memahami aku.  Kata semangat daripada bapaku :

“kalau kau rasa kau mampu teruskan untuk sambung belajar, teruskan. Tetapi kalau rasa tidak mampu, jangan teruskan. Semuanya bergantung kepada diri kau.”

Terima kaSih bapa!! Kerana memahami anakmu ini. Aku tekad akan terus tabah menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang. Kejayaan tidak akan datang bergolek jika tidak diiringi dengan usaha, doa dan tawakal.  Betapa aku alpa dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dalam peluang kedua selepas SPM. Aku masih melakukan kesilapan yang sama. Sambil lewa dan tidak ambil serius terhadap subjek yang aku lemah.

Aku juga telah mengecewakan harapan kakak-kakak dan abang-abangku yang telah membiayai perbelanjaan sekolah dan keluargaku. Menjelang STPM aku mempunyai seorang ayah angkat. Aku menganggapnya sama seperti bapa kandungku sendiri. Betapa ayah telah bnyak berjasa kepada diriku.

“maafkan kmk ayah kerana telah mengecewakan ayah.”
Aku akan cuba menebus kegagalan ini jika Allah swt masih mengizinkan aku untuk menyambung pelajaran selepas ini. Insyaallah, hanya kepada-MU aku berserah. Pandangan serong yang aku terima sementelahan daripada selepas keluarnya keputusanku ini akan aku jadikan penanda aras dalam melayari bahtera kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Kalo rajin Komen la sePatah Dua..:D