Saturday, June 4, 2011

TEMUDUGA PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN?????


  “ DUKA CITA DIMAKLUMKAN ANDA TIDAK TERPILIH UNTUK MENGIKUTI TEMUDUGA...........”


KECEWA??? Memang tidak  aku nafikan...memang aku kecewa. Namun, siapa aku untuk menidakkan takdir yang telah ditetapkan oaleh ILLAHI kepadaku... YA!!! Aku harus sedar itu. Detik2 kecewa telah berlalu...sekarang aku lebih tabah menghadapi kemungkinan yang berlaku. Sesungguhnya aku takut untk menghampakan harapan keluargaku. Peluang belajar sekali lagi??? Semestinya aku kepingin hendak belajar lagi. Adakah aku masih dengan sikap lamaku?? Sambil lewa?? STOP IT!!!! Aku harus sedar daripada semua itu. Aku tidak akan ke mana hanya dengan sikap sebegitu. Aku nekad.. aku akan mula bekerja di sebuah kilang di Kuching pada 6 Jun 2011. bermulalah detik aku secara rasminya menjadi Minah Kilang..

SEMAKAN TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN?????




DEBARAN semakin terasa..sedar tak sedar detik 20 MEI 2011 menjelang esok..tarikh yang akan menentukan di mana aku selepas ini..jadi cikgu?? Pendidik??? Ya!!! Aku mula meminati profesion perguruan..memang pada mulanya aku tidak meminati profesion ini..cita-citaku sejak kecil ialah...jeng..jeng..jeng... Doktor... namn selepas PMR aku ditempatkan ke kelas Sains Teknologi... jauh sekali daripada bidang yang aku minat.. oleh kerana minat nak jadi doctor..aku mohon pertukaran kelas ke Kelas Sains Tulen.. malangnya kesibukan PK1 pada waktu itu telah membantutkan pertukaran kelasku. Pada masa yang sama.. PK1 masih sibuk menguruskan pertukaran beliau ke sekolah lain. Sejak daripada saat itu, aku lupakan hasratku ingin menjadi doctor. Saat itu jugalah aku terfikir ingin menjadi seorang pendidik.


Adakah aku terpilih mengikuti temu duga?? Aku cuba menjadi hamba yang Bersyukur dan Redha dengan ketentuan ILLAHI. Aku yakin!! Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku.




Assalammualaikum buah hatiku....
haLoooo semua!!!!
Sudah agak lama aku tidak meng’update’ buah hatiku ini..
Kekangan-kekangan yang aku hadapi sejak akhir-akhir ini menyebabkan aku tidak dapat bertemu buah hatiku ini..
Aku minta maaf ya..hehe...

16 Mac 2011

Malam sebelum aku melangkah kaki ke Minor Operation Theater (Minor OT)  Hospital Umun Sarawak..  awal2 lagi aku sudah ‘out’ daripada laman sesawang yang agak popular kini.. muka buku la.. huhu...atau nama cantiknyer Facebook.. mane taknyer.. kakak aku dah warning awal-awal suruh aku masuk tidur awal.. aku ni dah la tetiap malam tidur lewat.. dalam  pukul 1 atau 2 pagi.. nak dijadikan cerita.. aku tak dapat tidur.. aku mula berangan... jeng..jeng..jeng..aku berfikir bagaimana agaknya kalau aku bertemu ajal di bilik bedah?? Mase tu memang aku tak fikir lain.. astaghfirullahal’adzim...betapa aku menidakkan kuasa ya Khaliq.. aku mengenang nasib diri.. seolah-olah tiada sesiapa pun mengigati aku.. saat itu, aku memang memerlukan sahabat-sahabatku.. teet..teet..aku silap..sahabat-sahabatku masih mengingati aku..beberapa mesej masuk dalam peti mesejku daripada sahabat tersayang..mereka mendoakan agar aku tabah menghadapi segalanya.. ya... aku ingin menjadi wanita yang tabah dalam hayatku.. air mata keinsafan menitis.. betapa aku kerdil dan hinanya diriku kerana menyalahkan takdir yang sudah tertulis untukku... astaghfirullahal’adzim.. kata-kata semangat daripada sahabat dan keluarga tersayang membuatkan aku lebih tabah menghadapi hari-hari esok. Kegagalan yang aku hadapi baru-baru ini akan kujadikan sebagai tonggak yakni pengajaran untukku..

MY STPM




KEPUTUSAN aku tidak menepati sasaran aku. Sedikit kecewa, bohong.. kalau aku tidak kecewa dengan keputusan aku. Keputusan penuh aku :

BM : A- (3.67)
PA : B (3.00)
SEJ : B (3.00)
EKO : D+ (1.33)

Pointer keseluruhan : 2.75

Namun kekecewaan ini sedikit pun tidak mengganggu aktiviti harian aku. Aku masih seperti biasa, aku Cuma kecewa kerana telah meranapkan harapan ibu dan ayahku yang ingin aku berjaya seperti orang lain. Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang memahami aku.  Kata semangat daripada bapaku :

“kalau kau rasa kau mampu teruskan untuk sambung belajar, teruskan. Tetapi kalau rasa tidak mampu, jangan teruskan. Semuanya bergantung kepada diri kau.”

Terima kaSih bapa!! Kerana memahami anakmu ini. Aku tekad akan terus tabah menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang. Kejayaan tidak akan datang bergolek jika tidak diiringi dengan usaha, doa dan tawakal.  Betapa aku alpa dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dalam peluang kedua selepas SPM. Aku masih melakukan kesilapan yang sama. Sambil lewa dan tidak ambil serius terhadap subjek yang aku lemah.

Aku juga telah mengecewakan harapan kakak-kakak dan abang-abangku yang telah membiayai perbelanjaan sekolah dan keluargaku. Menjelang STPM aku mempunyai seorang ayah angkat. Aku menganggapnya sama seperti bapa kandungku sendiri. Betapa ayah telah bnyak berjasa kepada diriku.

“maafkan kmk ayah kerana telah mengecewakan ayah.”
Aku akan cuba menebus kegagalan ini jika Allah swt masih mengizinkan aku untuk menyambung pelajaran selepas ini. Insyaallah, hanya kepada-MU aku berserah. Pandangan serong yang aku terima sementelahan daripada selepas keluarnya keputusanku ini akan aku jadikan penanda aras dalam melayari bahtera kehidupan.