DEBARAN semakin terasa..sedar tak sedar detik 20 MEI 2011 menjelang esok..tarikh yang akan menentukan di mana aku selepas ini..jadi cikgu?? Pendidik??? Ya!!! Aku mula meminati profesion perguruan..memang pada mulanya aku tidak meminati profesion ini..cita-citaku sejak kecil ialah...jeng..jeng..jeng... Doktor... namn selepas PMR aku ditempatkan ke kelas Sains Teknologi... jauh sekali daripada bidang yang aku minat.. oleh kerana minat nak jadi doctor..aku mohon pertukaran kelas ke Kelas Sains Tulen.. malangnya kesibukan PK1 pada waktu itu telah membantutkan pertukaran kelasku. Pada masa yang sama.. PK1 masih sibuk menguruskan pertukaran beliau ke sekolah lain. Sejak daripada saat itu, aku lupakan hasratku ingin menjadi doctor. Saat itu jugalah aku terfikir ingin menjadi seorang pendidik.
Adakah aku terpilih mengikuti temu duga?? Aku cuba menjadi hamba yang Bersyukur dan Redha dengan ketentuan ILLAHI. Aku yakin!! Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku.

No comments:
Post a Comment
Kalo rajin Komen la sePatah Dua..:D