Thursday, June 16, 2011

Cantik dan sihat dengan ciptaan Allah




Mengelakkan rambut gugur

Miliki masalah rambut? Adakah rambut anda gugur, bercabang atau diserang kelemumur? Hakikatnya terdapat pelbagai jenis masalah rambut. Oleh itu, Dara.com memberikan beberapa kaedah atau petua tradisional untuk diamalkan. Zaman ini, remaja begitu gemar pergi ke salun rambut dan membuat rawatan stim, antara yang paling popular adalah kaedah meluruskan rambut (rebonding). Kecantikan yang anda miliki ini hanyalah bersifat sementara, akhirnya anda bakal memiliki rambut yang rosak. Tetapi dengan kaedah rawatan rambut secara tradisional, anda juga mampu memiliki rambut yang sihat dan sempurna. Oleh itu, Dara.com cuba memberikan beberapa petua tradisional yang lebih asli dan tiada kesan sampingan.

Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.


Masalah rambut kering

Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalam 20 minit dan bersihkan.


Rambut berminyak

Campurkan syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. Insya-Allah masalah rambut minyak akan dapat diatasi. 


SUMBER : http://www.karangkraf.com/E-majalah/Dara/default.asp?categories=DARA4

Saturday, June 4, 2011

TEMUDUGA PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN?????


  “ DUKA CITA DIMAKLUMKAN ANDA TIDAK TERPILIH UNTUK MENGIKUTI TEMUDUGA...........”


KECEWA??? Memang tidak  aku nafikan...memang aku kecewa. Namun, siapa aku untuk menidakkan takdir yang telah ditetapkan oaleh ILLAHI kepadaku... YA!!! Aku harus sedar itu. Detik2 kecewa telah berlalu...sekarang aku lebih tabah menghadapi kemungkinan yang berlaku. Sesungguhnya aku takut untk menghampakan harapan keluargaku. Peluang belajar sekali lagi??? Semestinya aku kepingin hendak belajar lagi. Adakah aku masih dengan sikap lamaku?? Sambil lewa?? STOP IT!!!! Aku harus sedar daripada semua itu. Aku tidak akan ke mana hanya dengan sikap sebegitu. Aku nekad.. aku akan mula bekerja di sebuah kilang di Kuching pada 6 Jun 2011. bermulalah detik aku secara rasminya menjadi Minah Kilang..

SEMAKAN TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN?????




DEBARAN semakin terasa..sedar tak sedar detik 20 MEI 2011 menjelang esok..tarikh yang akan menentukan di mana aku selepas ini..jadi cikgu?? Pendidik??? Ya!!! Aku mula meminati profesion perguruan..memang pada mulanya aku tidak meminati profesion ini..cita-citaku sejak kecil ialah...jeng..jeng..jeng... Doktor... namn selepas PMR aku ditempatkan ke kelas Sains Teknologi... jauh sekali daripada bidang yang aku minat.. oleh kerana minat nak jadi doctor..aku mohon pertukaran kelas ke Kelas Sains Tulen.. malangnya kesibukan PK1 pada waktu itu telah membantutkan pertukaran kelasku. Pada masa yang sama.. PK1 masih sibuk menguruskan pertukaran beliau ke sekolah lain. Sejak daripada saat itu, aku lupakan hasratku ingin menjadi doctor. Saat itu jugalah aku terfikir ingin menjadi seorang pendidik.


Adakah aku terpilih mengikuti temu duga?? Aku cuba menjadi hamba yang Bersyukur dan Redha dengan ketentuan ILLAHI. Aku yakin!! Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku.




Assalammualaikum buah hatiku....
haLoooo semua!!!!
Sudah agak lama aku tidak meng’update’ buah hatiku ini..
Kekangan-kekangan yang aku hadapi sejak akhir-akhir ini menyebabkan aku tidak dapat bertemu buah hatiku ini..
Aku minta maaf ya..hehe...

16 Mac 2011

Malam sebelum aku melangkah kaki ke Minor Operation Theater (Minor OT)  Hospital Umun Sarawak..  awal2 lagi aku sudah ‘out’ daripada laman sesawang yang agak popular kini.. muka buku la.. huhu...atau nama cantiknyer Facebook.. mane taknyer.. kakak aku dah warning awal-awal suruh aku masuk tidur awal.. aku ni dah la tetiap malam tidur lewat.. dalam  pukul 1 atau 2 pagi.. nak dijadikan cerita.. aku tak dapat tidur.. aku mula berangan... jeng..jeng..jeng..aku berfikir bagaimana agaknya kalau aku bertemu ajal di bilik bedah?? Mase tu memang aku tak fikir lain.. astaghfirullahal’adzim...betapa aku menidakkan kuasa ya Khaliq.. aku mengenang nasib diri.. seolah-olah tiada sesiapa pun mengigati aku.. saat itu, aku memang memerlukan sahabat-sahabatku.. teet..teet..aku silap..sahabat-sahabatku masih mengingati aku..beberapa mesej masuk dalam peti mesejku daripada sahabat tersayang..mereka mendoakan agar aku tabah menghadapi segalanya.. ya... aku ingin menjadi wanita yang tabah dalam hayatku.. air mata keinsafan menitis.. betapa aku kerdil dan hinanya diriku kerana menyalahkan takdir yang sudah tertulis untukku... astaghfirullahal’adzim.. kata-kata semangat daripada sahabat dan keluarga tersayang membuatkan aku lebih tabah menghadapi hari-hari esok. Kegagalan yang aku hadapi baru-baru ini akan kujadikan sebagai tonggak yakni pengajaran untukku..

MY STPM




KEPUTUSAN aku tidak menepati sasaran aku. Sedikit kecewa, bohong.. kalau aku tidak kecewa dengan keputusan aku. Keputusan penuh aku :

BM : A- (3.67)
PA : B (3.00)
SEJ : B (3.00)
EKO : D+ (1.33)

Pointer keseluruhan : 2.75

Namun kekecewaan ini sedikit pun tidak mengganggu aktiviti harian aku. Aku masih seperti biasa, aku Cuma kecewa kerana telah meranapkan harapan ibu dan ayahku yang ingin aku berjaya seperti orang lain. Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang memahami aku.  Kata semangat daripada bapaku :

“kalau kau rasa kau mampu teruskan untuk sambung belajar, teruskan. Tetapi kalau rasa tidak mampu, jangan teruskan. Semuanya bergantung kepada diri kau.”

Terima kaSih bapa!! Kerana memahami anakmu ini. Aku tekad akan terus tabah menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang. Kejayaan tidak akan datang bergolek jika tidak diiringi dengan usaha, doa dan tawakal.  Betapa aku alpa dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dalam peluang kedua selepas SPM. Aku masih melakukan kesilapan yang sama. Sambil lewa dan tidak ambil serius terhadap subjek yang aku lemah.

Aku juga telah mengecewakan harapan kakak-kakak dan abang-abangku yang telah membiayai perbelanjaan sekolah dan keluargaku. Menjelang STPM aku mempunyai seorang ayah angkat. Aku menganggapnya sama seperti bapa kandungku sendiri. Betapa ayah telah bnyak berjasa kepada diriku.

“maafkan kmk ayah kerana telah mengecewakan ayah.”
Aku akan cuba menebus kegagalan ini jika Allah swt masih mengizinkan aku untuk menyambung pelajaran selepas ini. Insyaallah, hanya kepada-MU aku berserah. Pandangan serong yang aku terima sementelahan daripada selepas keluarnya keputusanku ini akan aku jadikan penanda aras dalam melayari bahtera kehidupan.

Thursday, March 10, 2011

aku & niece

HARI ini hari JUmaat...
xde buat pape...
dok umah...tengok tv..jaga niece aku...
alhamdulillah...niece aku x banyak karenah...
sekecik-kecik dia...semontel-montel niece aku....
tapi,,,mulot...haiya...x boleh diam woo...banyak tanye..
oleh kerana aku ne suke layan bebudak ne..aku rasa hari demi hari aku pon jadi macam budak gak...
kadang-kadang aku buli niece aku...
dalam tengah syok maen-maen ngan Mira...
nama niece aku Mira...tapi kadang aku panggil dia Lee Bom...
sebab perangai dia ngan Budak dalam citer Korea "Thank You" tu same je...banyak tanye...huhu
bebalik ngan cite aku tadi...
mula-mula Mira action la make up muke aku...kecik-kecik lagi sebok nak make up...
aku buat-buat pengsan..pas tu Mira gelabah tengok aku tiba-tiba tumbang...hehek...
dalam hati aku mase tu...seronok sangat dapat kenakan Mira...hahaha...
dalam dok sebok Mira bangunkan aku...Mira panggil la name aku..
tawa aku dah nak pecah mase tu...dengan sifat prihatin Mira nak bangunkan aku...
Mira usaha gak bangunkan aku...dengan saiz badan dia satu per empat daripada badan aku...
Mira cuba tarik-tarik gak tangan aku...hahaha...
dalam masa yang same gak...aku curi-curi tengok..
tapi aku kecikkan sikit mata aku..
sikit pun Mira tak perasan..
bagi Mira masa tu nak bangunkan aku...
oleh kerana kesian ngan Mira dok tarik badan dan tangan aku...
aku buat-buat la seolah-olah Mira dapat angkat aku...hahaha
memang tak logik...mane ade orang pengsan boleh duduk tegak...
hahaha...
pas tu mira tepuk-tepuk pipi aku...nak buat aku bangun la tu...huhu..tapi aku buat-buat pengsan gak..
lastly..aku surrender gak..aku bukak mata dan terus sebut "CAK"...
haahahha...Mira pon ikut same ketawa..huhu...
ade mase aku tulis g sal cita aku dan niece aku...
panjang lagi klo aku nak citer...heheh..
buat pengetahuan pembace...niece aku ne umo die 2 tahun setengah...
birthday dia 8 September 2008..
lain kali aku citer tentang dia buli aku pulak...

Tuesday, March 8, 2011

LAWATAN PENGAWAS 2010



ALkesah aku dan kawan2 time lawatan pengawas tahun lepas...huhu



.orang lain sibuk pegi tempat lain...aku pulak sebok pose dengan bunga ne.... 
Lokasi : UNIMAS



SEDIH + SUKA+GEMbIRA + NANGIS bila jumpa kawan lama...
dari kIri : CynThia, aku, Noorziana, DoLLy, AzruL...
LOKASI : IPGM KAMPUS SAMARAHAN, SARAWAK.





eee...eh...aku tengok sape la time ne....ehehek...
Lokasi : UNIMAS




PENAT2 ronda Library UNIMAS aku dan kawan2 pon makan...
kira minum petang la jugak time tu...
huhuhu...
dari hujung Grace-->teman aku dok dalam bas...
pas tu aku LA...HEHEHK...
SATU2nya jejaka daLam pic ne.. Azri.. bagi aku kawan aku yg sorang ne bersih sangat2 dari cinta sesama manusi a.k.a bercinta...bagus budak ne,,,
yg bestnyer bila aku dan kawan2 usik die...
muka dia macam udang bakar...
merah wooo...
huhu...telinga dia x yag cakap...
memang macam gincu merah darah dah...huhu...
ha..yang Last ne pulak  FAZLYN AISHAH...
si kecik molek...tapi bila dah bercakap...x padan dengan badan...heheh..
pendek kata sume ne classmate aku...


Monday, March 7, 2011

alkiSAH SEHARIAN AKU SHOPPInG


;;;;;tERIngat ku ngan sgey kesah tuk;;;;;
timE Ku RAon KAT pasA...HEHEK...
SYok2 KU nak BAYar BAraNG naK DIbeLI KU...
GAGO la tOKEY kdaY YA offer PROduct KECANTIkan NGAN AKU N KAKAK KU...HUHU
KATA nya..
" bagus produK TOk deK...dapat melicinkan muka... ilaNg jeRagaT..."
"mIAk seKOlah mOK BEli tok...muRAH JAk...RM3.80 jak..."


DENgan MBAK mukA X berMINAT aku mADAH....
"X PAYah jaQ cik... xpa la...jalan Lok k..."

"AIE...DEq...MURAH JAq YA...BAgUS KULIT MUKA TAM nYA..."

"X pa La Cik..."

aku pun terus berLalu...
xpat ku bayangkan mun aku BeLi juak produk ya...
beLi nang muRah...
kelak mun kulit muka berMasalah....
bukan setakat RM3.80....
tapi RM380....RM3800...atau Lebih gik dari ya..
muN Nang BerRduit senang jak nak seTTLe saL masaLah ya...
apepon...ALHAMDULILLAH...aku x makan pujuk...hehehek...


iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Thursday, February 3, 2011

KASIH YANG HILANG

Pabila kau tiada disisiku.. 
Hatiku mer0na terasa sayu.. 
Wajahmu selalu terbayang2..
 Difikiranku wahai sayang.. 
Tetapi kini semuanya mem0ri.. 
Yang akanku simpan di dalam hati.. 
Pabila ku kese0rangan nanti.. 
Akan ku teringat sejarah kembali.. 
Mengapa kau meninggalkanku..a
 Apakah kesalahanku.. 
Yang kubuat kepadamu.. 
Sehingga begini akhirnya.. 
Sayangku.. 
Ke mana kau menghilangkan diri.. 
Sungguh payah untukku mencarimu.. 
Kembalilah kepadaku seperti waktu dahulu.,

AYAH



Sayu wajah ayah..

Kala sedang lena..
Kutatap mesra..
Penuh kedutnya..
Menyimpan seribu misteri..
Akan dibawa sampai akhir hayat..
Kurenungi ayah..
Tanpa ayah sedar..
Buat dadaku merasa debar..
Ayah...
Tiada sekali marah..
Walau hebat ujian menjengah..
Sabarnya ayah..a
Tenangnya ayah..
Diriku yang sering diselubungi amarah..
Ayah..
Walau segunung intan kutimbun..
Tidak setara belaianmu..
Tiada bandingan jasamu..
Walau khazanah ilmu ditimba..
Lantas kubuktikan..
Takkan tertunas titik peluhmu..
D0a untuk ayah..
Kala kutatap wajahnya..
M0ga ayah di dalam JANnah..

AKU DI MATA MANUSIA



AKU HANYALAH SEHELAI kain yang tidak
     dihiasi perhiasan...
AKU juga sering diendahkan oleh insan yang
     bernama manusia...
Kadang-kadang ada yang berpaling melihat
     AKU...
Tapi ada juga yang melihat AKU sebagai sesuatu
      yang amat berguna bagi mereka..
AKU tidaklah istimewa pada mereka yang
      bernafsu keduniaan...
AKU juga tidak berguna bagi insan yang
      menongkat bumi, yang punya hati sekeras batu..
AKU dilihat layak pada insan yang hatinya
       bercahayakan keimanan..
AKU hanya berada di sisi orang yang mencintai
        ketuhanan...
AKU juga sering dijadikan alas ibadat bagi mereka
        yang beribadat dan mengadu nasib pada TUHAN...
Kadangkala ada air mata insan yang
         membasahi pipi...
Kerana bersujud kepada TUHAN untuk memohon
        keampunan dan perlindungan...

MUNGKINKAH



Pergilah air mata..

Jauh dari hidupku..
Usah kau basahi pipiku lagi..
Usah kau biarkan jiwa perempuanku tergugat..
Merana, derita dan sengsara..
Kerana cinta..
Datanglah senyuman..
Tika aku dalam tangisan..
Kerna kudahagakan kasih sayangnya..
Air mata dan senyuman..
Mana yang lebih berhak dalam hidupku..?
Mungkinkah akhirnya bertemu bahagia..?
Mungkinkah...

LEBURKAN DENDAM YANG ADA DI HATI


Kerana ia bisa membawa petaka..
Leburkan kata2 amarah..
Kerana ia bisa melahirkan dendam..
Kebencian y tjadi..
Adalah putik2 y bnanah dijiwa..
Menambah siksa yang menyala..
pada y merasa..
Dalam kehidupan seharian..
Kita manusia selalu melakukan kesilapan..
Terperangkap dengan kelemahan nafsu durjana..
Jalinan ukhwah sesama insan..
Berkasih sayang dan saling bersatu..
Hati yang putih..
Akan selalu diwarnai rasa bahagia..
Andai kebencian kita leburkan..
Hati yang putih..
Akan mensyukuri segala nikmat..
Andai segala dendam btukar menjadi kerinduan..
Saling mengasihi dan di kasihi..
Demi keharm0nian silaturrahim terikat kukuh..
Menyuburkn cinta ummah.

KITA IBARAT KAPAL



Kita semua punya hidup nan berbeza..
ibarat sebuah kapal y mula meninggalkan pelabuhannya..
entah apa y bkal dtemui di tgh pjalanan nanti tidak mampu diduganya.. 
Entah ribut taufan, lautan y tng atau jerung kelaparan y ganas mcari mangsanya sdang menanti..
segala2nya mgkin tjadi..
Apabila kapal itu sudah dtgh laut, mana mgkin ia akn bpatah blik..
 Begitu juga diri kita..
Mana mgkin kita berpatah balik ke usia remaja atau muda bg mpbaiki keadaan...
tdk hairan jika ramai y bkata 'kalaulah'..
Ingatlah, masa y blalu tdk dpt dkmbalikan sebaliknya kita ini akn merempuh kedukaan dan kekecewaan...
tdk bmakna duka itu akn mjd milik kita selama2nya... 
Rancang khdupan ini agar kebahagiaan bakal singgah dht biarpun kita tidak tahu bahagia y dcari, duka yang dtemui..
Berusaha, berd0a dan bertawakal adalah kapsul terbaik agar diri tidak terumbang-ambing bagai kapal di tengah lautan yang tdk btepi...